Khamis, 2009 Disember 03

kekasih

saya jatuh cinta lagi pada kamu.

suami..

Jumaat, 2009 November 20

mahu

aku mahu tika ini,
suami datang peluk aku.
suami datang cium aku.
aku rindu...

Rabu, 2009 Oktober 07

sesaat cuma, hilang semuanya

bisa aku pejam mata,
tika saudara disana kedinginan.

bisa aku makan seenak rasa,
tika saudara disana kelaparan.

bisa aku senyum gembira,
tika saudara disana kehilangan.

apa mampu aku?

doa cuma.

bagi si isteri yang hilang suami.
bagi si anak yang hilang famili.
bagi si ibu yang hilang bayi.

tabah semuanya.
redha.


yang benar,
aku teman dari jauh.

parut yang boleh dipadam

petang.
suami pulang.
dan aku tahu hatinya tengah rawan.

kereta di sentuh orang.
sedikit cuma pada aku.
sebesar goresan pada dia.

lalu aku tanya.
kalau suatu ketika nanti,
aku dilanggar orang.
dan ditinggalkan.
apa rasa dia.

diam.

senyum semula untuk petang itu.

ha,camtu la.

Jumaat, 2009 Oktober 02

jawatan paling best di dunia

setelah survey dijalankan ke atas beberapa orang,
berikut adalah keputusan bagi jawatan
paling best di dunia.

jawatan : pengurus rumahtangga / surirumah

taraf jawatan : tetap sehingga mendapat kerja lain.

kelayakan : tiada. siapa2 pon adalah layak.
                    keutamaan pada wanita yang telah berkahwin.

gaji : terpulang pada pemberian suami.
        siapa2 yang dapat suami kaya, dapatlah banyak.
        yang dapat suami kurang berada, adalah juga dari tiada.

tempoh kerja : 24 jam sehari, 7 hari seminggu

skop kerja : masak, kemas rumah, basuh baju, lipat baju,
                    basuh pinggan, cuci bilik air, seterika baju,
                    mandikan anak, buat susu anak, tidurkan anak,
                    sapu sampah, pergi pasar beli barang dapur,
                    layan tetamu kalau datang rumah dan segala
                    yang berkaitan dengannya.

cuti tahunan : tiada. melainkan anda sakit dan
                       tidak perlu ambil mc

sekian survey untuk kali ini.

p/s: menulis di blog salah satu dari skop kerja okay!

Khamis, 2009 Oktober 01

senjata utama




mari semua,
pakcik-pakcik, makcik-makcik,
abang-abang, kakak-kakak,
adik-adik.

mari panjatkan doa.
moga kita sentiasa dalam lindunganNya.


Rabu, 2009 September 30

kesayangan saya

saya jumpa kesayangan saya ini sewaktu masih menuntut
di selatan tanahair.
kami dipasangkan melalui kawan kesayangan saya.
dipertemuan pertama, saya tiada rasa.
cuma mahu berkawan dan bertukar cerita.

kesayangan saya,
hormat orang tua. jaga perasaan saya. baik hati pula.
dan saya jatuh cinta.

habis pengajian, kami ikat pertunangan.
enam bulan kemudian, kami disatukan.
cerita cinta kami mudah tapi indah.

setahun bersama, hadir kesayangan kedua.
dan kesayangan pertama tetap cinta sampai habis usia.

kesayangan saya,
punya karakter berbeza.
saya perengus, dia penyabar.
saya suka makanan barat, dia suka makanan timur.
saya makan ikan bilis, dia makan ikan tongkol.
saya comot dan dia segak bergaya.

dia akan tetap jadi kesayangan saya sampai bila-bila.
biarpun kesayangan saya itu;
habis wangnya,
tiada keretanya,
cacat rupanya,
hilang upayanya,
busuk baunya,
hitam kulitnya,
tempang kakinya.
saya cinta kesayangan saya.

kerana saya tahu kesayangan saya cinta saya juga.




ini kesayangan saya.
lelaki idaman saya.
sahabat karib saya.
pengkritik tetap saya.
juga cinta hati saya.


p/s : jangan curi kesayangan saya. saya lumpuh tanpa dia.